Restoran Zaman

Restoran Zaman terletak di Jalan Gambang, berdekatan Kem Tentera Udara Batu 9. Menu paling terkenal restoran ini adalah nasi lemak yang sangat enak jika dimakan semasa ia masih panas. Dibuka sejak awal pagi dan tutup menjelang tengah hari. Selain nasi lemak, terdapat juga beberapa menu lain seperti roti canai, soto, nasi dagang dan sebagainya. Tetapi jika anda kali pertama ke Kuantan, anda pelu singgah di sini untuk mengenali keenakan nasi lemak Restoran Zaman. Restoran ini adalah antra restoran yang sangat ‘femes’ di Kuantan.

restoran zaman

Restoran Zaman sentiasa dipenuhi pengunjung sejak awal pagi.

Lokasi Google map (3.762193, 103.213621):

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *