Potongan 50% di kaunter polis trafik sempena Hari Terbuka TM Point Kuantan

TM Point Kuantan akan mengadakan Hari Terbuka bermula 25 hingga 27 September 2018. Pelbagai tawaran menarik disediakan seperti hadiah misteri untuk setiap perkhidmatan yang dilanggani, permainan dalam talian, cabutan bertuah dan jamuan ringan. Promosi jersi Team Malaysia Pantera pada harga RM25 juga akan dibuka.

Apa yang lebih menarik, Hari Terbuka ini akan disertai oleh pihak PDRM yang mana kaunter bayaran saman akan dibuka untuk kemudahan orang ramai. Dijangkakan pihak polis akan memberikan diskaun sehingga 50% bagi saman-saman terpilih (tidak termasuk saman semasa musim perayaan). Selain itu pihak penganjur juga ada menyediakan kemudahan pemeriksaan kesihatan percuma.

Antara pakej terhangat yang akan ditawarkan adalah Unifi TURBO 100mbps pada harga RM129/sebulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *