Portal aduan MB Pahang

YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail MB Pahang telah mengambil satu pendekatan mesra rakyat dengan menyediakan satu kemudahan untuk orang ramai membuat aduan bagi permasalahan melibatkan agensi swasta, kerajaan mahupun separa kerajaan.

Memetik dari sumber FB beliau:-

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya menerima pelbagai aduan mengenai permasalahan masyarakat di laman rasmi Facebook saya. Oleh hal yang demikian, saya telah mengambil inisiatif untuk membuat satu portal aduan rasmi agar maklumat mengenai aduan dapat disampaikan lebih cepat dan telus kepada jabatan serta agensi yang terlibat.

Sila layari http://aduan.wanrosdy.com untuk berkongsikan sebarang masalah atau aduan anda tentang urusan harian anda terhadap sektor swasta/kerajaan/separa kerajaan.

#MajuTerusPahang

Semakan Kuantan.online mendapati proses aduan melibatkan 3 skrin seperti berikut:-

Page 1

Page 2

Page 3

Rata-rata komen yang diterima melihatkan orang ramai begitu menghargai kemudahan ini. Namun demikian segelintir pelawat mengambil sikap mudah dengan hanya membuat aduan di ruangan komen tanpa memberikan maklumat tepat melalui borang digital yang disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *