Pemancing diserang buaya di Sungai Belat

Seorang lelaki Hamid Mohd Ismail, 42, dari Kuala Pahang, Pekan diserang buaya ketika sedang memancing di Sungai Belat berdekatakn Kampung Kurnia, Batu 3. Kejadian berlaku pukul 4am pagi Jumaat 17 Ogos.

Maklumat menyatakan beliau diserang ketika sedang berada di tepi sungai dan ditarik oleh buaya berkenaan menyebabkan mangsa meronta dan menyepak buaya berkenaan. Beberapa penduduk kampung telah datang membantu apabila terdengar teriakan mangsa.

Buat masa ini mangsa sedang dirawat di HTAA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *