MPK lancar “Ops Waran Tangkap” buru pesalah trafik

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah melancarkan gerakan besar-besaran bagi memburu pesalah trafik di bandar Kuantan. Gerakan ini melibatkan 1.4 juta kompaun yang dikeluarkan dan berjumlah RM14 juta.

Izad Zainal Muhammad Safian, pegawai perhubungan MPK berkata, pesalah yang berdegil akan diambil tindakan seperti clamp tayar, notis yang dihantar ke rumah di Pahang atau negeri lain, selain dirujuk ke mahkamah.

Pasukan penguatkuasa turut membuat lawatan ke rumah bersama anggota polis.

Untuk semakan kompaun kenderaan orang ramai boleh mencapai alamat berikut:

htpp://ekompaun.mpk.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *