Menara Teruntum

Menara Teruntum berketinggian 180m dan terletak di tebing Sungai Kuantan (dulunya dikenali sebagai Benteng). Kerja pembinaan telah bermula sejak Ogos 2017 dan dijangka siap sekitar Julai 2019. Ianya dimajukan oleh East Coast Economic Region (ECER) dan pemilik projek ini adalah Setiuasaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK).

Terdapat 2 deck pada ketinggian 99m dan 87m.

Aras bawah dikatakan untuk tujuan meninjau manakala aras atas akan menempatkan restoran.

Pembinaan Menara Teruntum dijangka dapat menjadikan ia sebagai tarikan terbaru kehadiran pelancong ke Kuantan. Menara ini dikelaskan pada tempat ke-4 selepas Menara Kuala Lumpur, Menara Alor Star dan Menara Taming Sari (Melaka).

Video Menara Teruntum:

Kredit: SouthernCorridor Malaysia

Kredit: Bro Rizal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *