Kuantan Santai Sihat Lestari – Mega Run & Ride 2018

Acara rekreasi “Kuantan Santai Sihat Lestari – Mega Run & Ride 2018” telah berlangsung pada 8 Dec 2018. Acara ini dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kuantan dengan dibantu agensi Adham Bike Center. Dijangkakan jumlah peserta larian dan kayuhan mencecah 1500 peserta.

Terima kasih kepada pihak MPK atas inisiatif ini dan diharapkan acara ini dapat dijalankan lagi tahun hadapan.

Beberapa perkara yang boleh diberi perhatian untuk penambahbaikan adalah seperti berikut:-

1. Water station – hanya terdapat 2 water station yang masing-masing menyediakan air 100 PLUS dan 1 lagi station (sebenarnya terdapat seorang wanita yang hulurkan air mineral). Dalam pusingan kedua acara 10km air mineral sudah tidak ada.
2. Kawalan lalu lintas – kawalan dibuat dengan baik pada pusingan pertama, tapi dalam pusingan kedua nah nampak kurang dan agak berbahaya
3. Finishing line – terlalu crowded dan sempit. Ramai pelari yang berehat dan bersembang di finishing line dan pelari yang baru sampai tak nampak nak tuju ke lorong mana dan tercari-cari di mana kutipan medal.
4. Hadiah – 100 lebih hadiah cabutan bertuah ditawarkan, tapi lebih baik hadiah-hadiah yang kurang dari RM10 itu dibuat self collect dan tak perlu naik stage untuk menjimatkan masa.

Bagaimanapun ini satu usaha yang sangat baik dan diharapkan MPK dapat menjalankan lagi aktiviti sihat seperti ini dalam tahun 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *