Kes baling guli di Kuantan makin menjadi

Pada 10 December 2018 yang lalu, akhbar NST melaporkan kejadian tembakan atau balingan guli ke kereta yang sedang bergerak dilakukan oleh pihak yang tidak dikenali di sekitar Kuantan. Lokasi yang dilaporkan adalah sekitar Jalan Wong Ah Jang, Jalan Haji Junid, Jalan Kg Jawa dan Jalan Kg Tengah.

Pada 20 December pula, EgdeProp melaporkan masih ada kejadian sama berulang. Kali ini di bulatan Kg Tengah. Dilaporkan mangsa sempat mengejar dan mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan dengan model Hyundai Tucson.

Ada juga yang buat perangai gila macam ni yer. Dapat tangkap yang buat ni kita pakat baling guli dalam mulut dia.

Hati-hati semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *