Kecoh ‘double park’ di bandar Kuantan

Tindakan kurang berdisiplin pemandu sebuah kereta menyebabkan pemandu lain mendapat kesusahan. Dalam kejadian hari ini 12 Oktober 2018, sebuah kereta Proton merah didapati telah ‘double park’ di depan Klinik Al Amin berdekatan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah.

Tindakan itu menyebabkan 2 wanita yang meletakkan kereta mereka dalam kotak parking yang betul tidak dapat keluar dari kawasan berkenaan. Dipercayai kereta merah berkenaan telah ‘double park’ sejak pukul 2.40pm.

Pasukan polis telah dipanggil sekitar jam 5.00pm dan gotong royong ‘mengangkat’ kereta merah dan sebuah kereta lain terpaksa dilakukan bagi memberi laluan kepada 2 wanita yang terperangkap sejak beberapa jam yang lalu.

Sikap tidak prihatin pemandu kereta merah berkenaan amat dikesali kerana telah menyusahkan orang awam serta anggota polis bertugas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *