Bukit Panorama – keindahan semulajadi Sungai Lembing

Pekan Sungai Lembing terletak kira-kira 60km dari bandar Kuantan. Dari segi sejarah, pekan Sungai Lembing terkenal dengan pengeluaran bijih timah, malah sekitar 1940an adalah kemuncak pengeluaran bijih timah negara dan pada masa sama Sungai Lembing menempatkan lombong bijih timah terbesar dunia pada ketika itu. Dikatakan perlombongan bijih timah di Sungai Lembing merupakan yang kedua terbesar di dunia selepas Bolivia. Penghasilan dari industri ini dikatakan pada kadar 2 bilion dalam tempoh 100 tahun pajakannya kepada sebuah syarikat dari London. Sehingga kini pekan Sungai Lembing masih kekal dengan struktur semulajadinya dan salah satu tarikan yang terdapat di sini adalah Bukit Panorama yang menjanjikan hembusan angin bukit yang mendamaikan.

Bukit Panorama
(Tangga menuju puncak Bukit Panorama)

Bukit Panorama terkenal sebagai lokasi riadah hiking, terutamanya pada waktu pagi. Ini kerana bukit ini amat sinonim dengan keindahan pemandangan matahari terbit dan ‘awan karpet’. Pada waktu pagi, awan kelihatan seperti hamparan karpet menutupi kehijauan tumbuhan di bawahnya. Beberapa fakta penting bagi bakal pendaki terutamanya mereka yang kali pertama ingin berkunjung ke sini:-

Ketinggian: 320 meter
Masa pendakian: 20-40 minit
Laluan: 80% tangga konkrit, 20% trek tanah bukit
Jumlah anak tangga: 821
Keluasan puncak bukit: 200 meter
Pihak berkuasa: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)
Waktu terbaik: 6.30am
Fasiliti: Tandas, surau (di kaki bukit), pondok rehat (di puncak bukit dan pertengahan trek)
GPS: 3.915644, 103.036461

Sebagai pesanan khidmat masyarakat, para pengunjung diminta tidak membuang sampah merata-rata demi memelihara kawasan ini sebagai satu tempat yang menarik untuk dikunjungi. Bawalah beg plastik untuk mengisi sampah dan bawa ia turun untuk dibuang di bawah di mana terdapat tempat yang disediakan. Pengunjung juga diminta untuk tidak menyalakan sebarang unggun api untuk mengelakkan sebarang kerosakan kepada struktur semulajadi di sini.

Puncak Bukit Panorama
(Terdapat pondok rehat di puncak Bukit Panorama)

Sekiranya ada di antara pembaca yang pernah berkunjung ke sini, anda dipersilakan untuk memberi komen dalam ruang di bawah ini bagi memberikan sebarang info tambahan mahu pu pendapat peribadi.

Cintai lokasi semulajadi kita!

Google map:-

Rujukan:
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Lembing
2. https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170128/281904477897303
3. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pahang/20140304/wp_01/Bukit-Panorama-wajib-dikunjungi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *